Saturday, March 18, 2023

7 Sebab Shaklee Supplement Terbaik Di Malaysia

Hai! Apa khabar bestie semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya.
 
Minggu yang agak padat bagi Cik Faz, baru selesai menghadiri program Takaful Zurich 2 hari 1 malam di Ipoh. Bekalan saya bila travel long distance dah tentulah Vivix. Hari pertama training agak lama, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Walaupun tak cukup tidur (sebenarnya susah nak tidur bila berada di tempat baru), saya masih boleh fokus di hari kedua kelas yang bermula seawal jam 8 pagi dan tak mengantuk sepanjang perjalanan balik ke Shah Alam pada sebelah petang. Alhamdulillah jam 11 malam selamat sampai rumah.
 
Kebetulan ada yang bertanya Cik Faz… dari banyak-banyak supplement yang wujud di Malaysia, kenapa saya pilih Shaklee? Saya ni, seorang yang agak particular. Bila melibatkan supplement, lagi lah saya memilih sebab benda kita nak makan mestilah yang terbaik. Bila orang cakap "Ohh makanlah Shaklee, jenama ni bagus", saya takkan terima bulat-bulat tanpa tahu apa sebabnya.
 
Haaa jadi nak tahu tak apa yang membezakan Shaklee dengan jenama lain?
 
7 Sebab Kenapa Shaklee Supplement Terbaik di Malaysia.

Keunikan Shaklee

1 | INOVASI 100 TAHUN
Pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee, seorang pakar chiropractor dan nutritionist telah mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat yang dilabel sebagai "Vitalized Mineral" pada tahun 1915. Sekarang, ia dikenali sebagai Vita-Lea Iron plus.
 
Shaklee sebuah syarikat yang amat mementingkan kualiti produk, memperuntukkan pelaburan ratusan juta hingga billion dollar bagi meneruskan inovasi penyelidikan produk yang selamat, terbukti berkesan dan semulajadi.
 
Hasil inovasi Shaklee, hari ini kita dapat menikmati pelbagai produk berkualiti;
  • Vitamin asas untuk kesihatan
  • Cinch tea & soy protein khas untuk Set Kurus Shaklee
  • Set penjagaan wajah 100% berasaskan tumbuhan (Youth)
  • Krim kulit herbal blend
  • Set penjagaan rambut (Prosante)
  • Set penjagaan rumah (Get Clean) 


Dengan kepakaran 100 tahun Shaklee dalam bidang nutrisi, sudah pasti Shaklee adalah supplement terbaik pilihan rakyat Malaysia.
 
 
2 | HARMONI BERSAMA ALAM SEMULAJADI
Shaklee perpegang kepada prinsip Living in Harmony with Nature®. Produk Shaklee dihasilkan dari bahan semula jadi yang asli. 
  • Bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya
  • Mematuhi standard keselamatan tertinggi
  • Mesra pada persekitaran
  • Setiap satu daripada produk Shaklee adalah bebas gluten
  • Tidak melakukan ujian produk ke atas haiwan



3 | KETULENAN DAN KESELAMATAN PRODUK TERJAMIN
Shaklee amat mementingkan ketulenan dan keselamatan setiap produk yang dihasilkan. Walaupun pihak pengeluar bahan mentah sudah menjalankan ujian kualiti, Shaklee tetap akan menjalankan ujian bebas tersendiri.
 
Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk kepada pengguna.
 
350 ujian ke atas setiap bahan botani baru bagi memastikan tiada pencemaran berbahaya, racun perosak dan sisa lain.
 
Lebih 250 ujian racun perosak (pestisid), melebihi tahap yang digariskan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat.
 
 
4 | FORMULA PRODUK DI PATENKAN
Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.
 
Ini bermakna, formula yang digunakan dalam setiap produk hanya boleh didapati di Shaklee sahaja, tidak boleh di tiru oleh pihak lain.
 
 
5 | LANDMARK STUDY
Kajian 
ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk menilai keselamatan dan keberkesanan pengambilan supplement untuk jangkamasa panjang iaitu ≥ 20 tahun. Landmark study ini telah diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley.

Ia mengkaji makanan tambahan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna termasuk Multivitamin/mineral, B-kompleks, Vitamin C, Karotenoid, Vitamin E, Kalsium dengan Vitamin D, Asid Lemak Omega-3, Flavonoid, Lesitin, Alfalfa , Koenzim Q10 dengan Resveratrol, Glukosamin, dan suplemen Imun Herba. Majoriti wanita juga mengambil Asid Gamma Linolenik (GLA) dan suplemen probiotik, manakala lelaki juga mengambil Zink, Bawang Putih, Palmetto Saw, dan suplemen Protein Soya.

Kajian klinikal ini memerlukan para peserta menjalani pengambilan darah untuk memeriksa biomarker kesihatan utama. Hasilnya sangat menakjubkan!

Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa, mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.

Laporan lengkap tentang Landmark Study ini boleh didapati di sini

Bagi saya, kajian klinikal seperti ini amat penting dan saya jadikan kriteria utama dalam memilih makanan tambahan. Jadi, saya memang yakin untuk menggunakan produk Shaklee seumur hidup.


6 | TELOMERE STUDY
Kajian ini merupakan kerjasama diantara Shaklee dengan Dr. Elizabeth Blackburn, pemenang hadiah nobel perubatan 2009, dan saintis dalam bidang kajian Telomere.

Apa itu Telomere?


Telomere adalah kompleks protein-DNA khusus yang terdapat pada kedua-dua hujung (ekor) setiap kromosom, melindungi genom daripada degradasi dan gabungan antara kromosom. Menurut sains, Telomere inilah yang menentukan tahap kesihatan dan jangka hayat manusia. Semakin kita berumur, Telomere tumbuh lebih pendek.

Pemendekan Telomere secara progresif membawa kepada penuaan, apoptosis, atau transformasi onkogenik sel somatik, yang menjejaskan kesihatan dan jangka hayat seseorang individu. Kadar pemendekan Telomere boleh ditingkatkan atau dikurangkan oleh faktor gaya hidup tertentu. Pilihan diet dan aktiviti yang lebih baik mempunyai potensi besar untuk mengurangkan kadar pemendekan Telomere atau sekurang-kurangnya mencegah pergeseran Telomere yang berlebihan, dengan itu melewatkan timbulnya penyakit berkaitan usia dan meningkatkan jangka hayat.

*Dalam kajian yang dijalankan oleh Dr. Elizabeth Blackburn mendapati, pengguna Shaklee yang mengambil Vivix dan supplement Shaklee yang lain mempunyai kadar pemendekan Telomere 40% lebih rendah dalam lingkungan umur dewasa, dan jelas sekali mempunyai Telomere yang lebih panjang pada kumpulan umur 50an, 60an, dan 70an berbanding kumpulan kawalan yang sihat.

Ini merupakan bukti klinikal yang kita boleh hidup muda (sihat) lebih lama, kerana Telomere yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik dan hayat yang lebih panjang. Amazing kan! Shaklee mengkaji keberkesanan produk hingga ke tahap DNA.

Journal berkenaan Telomere Study ini boleh didapati di sini.


7 | MENJAGA KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA LEBIH 25 TAHUN
Produk Shaklee telah memenangi Reader's Digest Trusted Brand Award untuk dua tahun berturut-turut. Ini membuktikan Shaklee adalah jenama supplement terbaik yang menjadi pilihan di Malaysia.  


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Saya sudah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga seperti saya. Jom kita sama-sama bina kesihatan yang lebih baik dengan Supplement Terbaik Shaklee.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


No comments:

Post a Comment