Saturday, January 28, 2023

Bina Rumah Sendiri Guna Duit ASB Financing

Hai bestie! Hari ni saya nak share topik ASB. Sejak pengumuman dividen tahun 2022 pada Disember lepas, ramai yang kecewa sebab dividen ASB semakin rendah. Kedengaran suara nurtizen dan mattizen Malaysia komplen kata rugi jer simpan dalam ASB, dividen ciput!
 
Betul ke?
 

Pada saya, melabur di ASB masih pilihan paling selamat. Bebas risiko sebab harga tetap RM 1/seunit. Hari ini kita masukkan RM1000, lepas sebulan kita keluarkan semula masih dapat solid RM1000.
 
Beza dengan melabur dalam dana unit amanah harga berubah. Katakan hari ini kita nak masukkan RM1000, nilai pelaburan kita akan mengikut harga dana semasa dan ada sales charge yang dikenakan. Contohnya begini:-
 
Gross amount: RM1,000
Sales charge (ekuiti 5%): RM50
Net amount: RM1,000 - RM50 = RM950
Harga dana semasa: RM1
Unit pelaburan kita dapat: RM950 / RM1 = 950 unit
 
Katakan lepas 30 hari kita nak keluarkan pelaburan ni. Kita mungkin boleh untung, kita mungkin juga boleh rugi bergantung pada harga semasa fund tersebut. Sebab melabur dalam unit amanah harga berubah ni, harganya berubah setiap hari.
 
Analoginya begini:-
Unit pelaburan yang kita ada: 950 unit
  • Jika current fund price pada tarikh pengeluaran meningkat jadi RM1.20, nilai cash kita dapat: 950 unit X RM1.20 = RM1,140 >>> kita untung RM140 dalam sebulan.
  • Tapi seandainya harga dana semasa pada tarikh pengeluaran menurun jadi RM0.90, nilai cash kita dapat: 950 unit X RM0.90 = RM855 >>> kita rugi RM145 dalam sebulan.
 
So kalau tak berani absorb risiko rugi, labur jer lah dalam ASB. Harga tetap, takde sales charge sebab kita tak perlukan khidmat agent untuk uruskan pelaburan kita.
 
Tapi kalau jenis yang berani ambil risiko sebab nak high return investment, laburlah dalam dana unit trust harga berubah.
 
Kedua-dua jenis pelaburan, samada ASB atau unit trust yang ditawarkan oleh syarikat lain dalam jangka panjang akan tetap membuahkan hasil. Kuncinya kena sabar.
 
Macam mana dengan ASB financing?
 
Bagi saya, ASB financing masih relevan sebagai satu cara bantu Bumiputra untuk accumulate wealth. Ini contoh perbandingan dividen ASB simpan sendiri dan ASB financing 200k dengan bayaran bulanan RM1,002.
 

Notes:
  • Pelabur baru (buka akaun RM10), ASBF 200k, kadar faedah bank 4.4%, tied 30 tahun.
  • Andaian dividen ASB 5%
  • Yang simpan sendiri setiap bulan tu sangat disiplin tak keluarkan langsung selama 12 bulan.
  • Interest kat table tu merujuk kepada dividen simpanan kita.
  • Pengiraan berdasarkan kalkulator kewangan & adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Cukup 12 bulan, yang buat ASBF dapat dividen RM10,000 dan yang simpan sendiri dapat dividen RM323.72
 
Jadi, cara savings ASB mana satu yang boleh gandakan duit kita lebih cepat? - ASBF lah, sebab amaun sijil (pinjaman) 200k turut dikira sekali dalam pengiraan dividen tahunan.
 
Formula pengiraan dividen ASB macam ni;
(Jumlah baki minimum bulanan Jan-Dis / 12) x %Dividen.
 
So, teramat rugi kalau Bumiputra yang bergaji tetap tapi tak ambil peluang buat ASB financing. Cuma kalau tengok keadaan sekarang ni, kita kena rajin survey bank mana yang tawarkan financing rate yang okay, sebelum kita apply pembiayaan.
 
Sekarang ni, RHB bank offer ASBF dengan kadar faedah 4.25% 
(pinjaman RM40,000 - RM200,000) sehingga 30 June 2023.  
**tertakluk kepada perubahan OPR oleh BNM.
 
Saya dulu buat ASBF tahun 2006. Masa tu tak tahu pun cara kira-kira. Tapi sebab dah settle study loan MARA, saya nak buat force saving. Maklum lah umur masih 20-an, nafsu shopping tinggi memang susah nak disiplin simpan sendiri. Masa tu gaji bersih 1850 jer. Ada komitmen kereta dalam 650 (jangan kecam, masa ni belum celik ilmu kewangan). So budget nak saving around 200 sebulan, saya apply ASBF 15,000 untuk 8 tahun.
 
Saya tak ingat berapa interest rate bank masa tu, tapi saya settlekan bayar ASBF sampai matang 8 tahun. Dividen ASB time tu masih bagus juga average around 8.5%. Dalam tempoh ni saya tambah juga akaun ASB saya time dapat annual bonus dari company. Separuh enjoy, separuh masuk ASB. Tahun 2014, cash out sijil ASB 15,000 tu saya bawak Mak & Abah pergi Turki. Dua minggu kat sana sebab attend sekali majlis pre-graduation adik saya.
 

Adik saya kat sana since 2008, buat master sambil bekerja to finance his study. Balik Malaysia 2-3 kali setahun, dan satu masa tu dia bagitau plan nak baiki rumah family. So saya pun suruh dia buat ASBF 100k. Masa tu memang cuba jaya jer sebab dia bukan bekerja kat sini. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan dan loan lulus.
 
Tenure ASBF adik saya 5 tahun. Masa tahun ke-3 dia kata nak surrender sijil. Tapi saya kata, kita pegi bank check dengan banker mana lebih untung, surrender sijil atau buat early settlement. Lepas banker tunjuk berapa amaun dapat kalau surrender, dengan berapa amaun kena bayar kalau nak full settlement, kami pun decide bayar full settlement. Untung sebab loan interest dapat diskaun lebih 3k. Sijil ASB dapat full 100k. Dividen untuk 3 tahun sebelum tu pun tak usik.
 
Combined dengan EPF akaun-2 saya, Alhamdulillah raya Syawal 2017 keluarga kami rasmi rumah baru. Tapi takde perabot, tetamu duduk atas lantai jer. Tahun 2018 baru start beli perabot sikit-sikit.
 

Begitulah kisah ASBF journey saya. Fast forward, saya pun dah tak kerja makan gaji dan sekarang full time agent unit trust dengan RHB (since 2020). So kalau nak info tentang ASBF wasap jer saya okay.
 
Semoga kita semua dalam lindungan Allah, kita jumpa lagi di lain entri. Jom baca doa ini.
 

 
*****
WhatsApp Cik Faz di sini.
RHB Asset Management (Shah Alam)
*****

4 comments: